Nuffnang

Tuesday, May 25, 2010

TRANFORMASI MINDA


Salam buat uolz blogger dimana jua anda berada. Buku 'Tranformasi Minda' mengandungi perucapan Perdana Menteri YAB Berhormat Dato Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Buku ini suami saya yang belikan semasa kami di Putrajaya tempohari. Harga yang berpatutan dan sesuai untuk semua golongan untuk mendapatkannya. Diterbitkan oleh Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dengan kerjasama Pejabat Ketua Setiausaha Negara serta bantuan dari Jabatan Penerangan Malaysia.

Saya telah pun membacanya, sementara melayan mata nak lelap tidur. Saya berharap sangat Perpustakaan Sultanah Zanariah, Bahagian Unit Perolehan dapat membelinya untuk dijadikan bahan koleksi kita.

Isikandungannya banyak menekankan kepada Visi, Wawasan, 1Malaysia rakyat diutamakan, Tranformasi Kerajaan, Ekonomi Baru, Rancangan Malaysia ke 10, Membudayakan Kreativiti dan Inovasi, Kepantasan bertindak membuat keputusan, Pengurusan Wang dan Integriti.

Buku tersebut sesuai untuk di baca oleh kakitangan sektor Awam pada amnya sebagai bahan sumber serta panduan bersama. Sepotong ayat yang paling saya suka pengucapan Dato Sri Najib seperti ini '....kita harus berani melaksanakan perubahan dan pembaharuan"

Ceh! Seyiesss la pulak ayat2 kat atas tu...skema je kita...hehehe. Selamat membaca tanamkan nilai-nilai apa yang Dato Seri Najib laungkan dalam ucapannya. Memang menarik!

No comments:

Post a Comment