Nuffnang

Monday, May 17, 2010

UPM DAN PICC, PUTRAJAYA






..
Salam buat uolz blogger, sihat ke? Kita bukan tak online, tapi bila online just buka fb je. Masa di Serdang dan Putrajaya pun online tapi melalui hp kesayanganku Nokia E71. Malas la pulak nak bawak lappy kita...hehehe

Saya bertolak ke KL pada awal pagi khamis terus ke Universiti Putra Malaysia di Serdang. Habis aktiviti terus bermalam di UTMKL, sebilik dengan Uji Rohani. Kerancakan kita berbual dengan Uji macam dah lama kenal..hehe. Bangun seawal 4.50pg, bila kita bangun Uji pun ikut bangun..hehe. Pukul 6.15pg dah turun bawah sebab kenderaan mengambil kami untuk ke Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya.

Masuk dewan belum ramai lagi tetamu, dalam 1 jam kemudian dewan yang boleh menempatkan manusia punyalah penuh sampai ada yang duduk di tangga laluan. Majoriti yang datang adalah penjawat awam dari pelusuk Malaysia.

Itulah kenangan yang terindah untuk saya buat pertama kalinya dapat masuk PICC, Putrajaya. Memang cantik, dapat tengok PM secara dekat...hehe. Encem la PM, penat kita senyum kat dia, tak berbalas...haha

Selesai perhimpunan terus pergi dewan jamuan, makanlah mee hoon, kuih, buah2an dan air jus limau yang di sajikan oleh D'Saji Felda Katering.

Bertolak ke UKM, Bangi untuk kaum lelaki menunaikan soliat jumaat.a Lepas tpu terus bertolak balik ke UTM, Skudai. Sampai dalam pukul 6.30ptg, terus balik rumah. Sampai rumah maghrib, kemas apa yang patut dan malamnya online...hehe

Awal pagi jam 6.00pg dah bangun, bersiap-siap untuk ke Selangor mengambil Aja untuk cuti semester. Kami bertolak dalam pukul 7.00pg. Di R&R jumpa Cik Marlina. Dia pun macam pelik tengok kita berulang alik ke KL...hehe. Tak penat ke akak ni...hehehe

Kalau ikut perancangan nak menyewa hotel di KL tap memandangkan selalu sangat jalan di KL suami kata kita lepak je di Muar, so tukar plan terus ke bandar Muar dan jalan-jalan di sana. Makan mee bandung Muar yang pedas macam nak berasap kita di buatnya...hehehe

Malam kami bermalam di Muar kemudian dalam pukul 9.00pg terus bertolak balik JB. Pukul 3.00ptg ke Tg Putri tengok ajim di asrama.

Badan baru terasa penatnya, hari ni kita cuti rehat. Penattttttt!

4 comments:

  1. penuhnya jadual.letih tu kak......

    ReplyDelete
  2. espresi_af : camni la kita, bz manjang..Pm pun tak bz macam kita..hehehe

    ReplyDelete
  3. sebilik dengan uji!! ada ngumpat kita ke?? bahaya ni..

    ReplyDelete
  4. mana ada...hati kita macam taman...wanita solehah...wakakaka

    ReplyDelete