Nuffnang

Tuesday, June 29, 2010

INTERPREM

Pagi ni kita breakfast jus epal susu dan roti bakar. Memandangkan hari ni kita tak berpuasa sunat Rejab, kalau ikutkan hati nak puasa hari ni tapi memandangkan jabatan ada aktiviti Bicara Karya so petang ada jamuan pulak. Jadinya kita rehatlah ya..hehehe. Untuk diriku ingat-ingat petang nanti makan sikit je tau!..hehehe

Petang ni ada Bicara karya yang akan di sampaikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik), Prof Ir Azraie Kassim. Biasalah kita selaku jabatan yang terlibat dengan aktiviti tersebut so kena interprem la ya!...hehehe. Semalam kita dok menghias buku-buku yang di jadikan cenderahati kepada pengulas dan pengerusi dengan riben dan bunga. Dah jadi keja tetap kita lak...hehehe. Takpe itulah sumbangan yang kita dapat beri pada jabatan dan UTM. Dapat pahala jadilah. Alhamdulilah!

2 minggu lepas pun ketua jabatan Automasi dan Ketua Pustakawan berangkat ke Amerika Syarikat, kita gak yang menghias buku-buku sebagai buah tangan kesana. Suka sebab hasil kreativiti kita sampai Amerika Syarikat. Oyeaaaaaaa! hehehe

Hari ni program Bicara Karya bersama TNC(A), lusa Datuk Rais Yatim dan pertengahan bulan Julai ini Tun Mahathir bin Mohamad dan Prof Ungku Aziz. Jadi tak dorang datang ekkk?Tak sabar kita nak jumpa mantan Perdana Menteri Malaysia. Bagusnya kita ni selalu dapat berjumpa dengan orang-orang kebanyakkan dalam program-program yang di anjurkan oleh jabatan dan UTM. Dalam kita menjalankan tugas di pejabat kita banyak terlibat dengan aktiviti UTM. Kena cakap seronok berkerja, kan! kan! kak Joyah Spot! wakakaka..

Petang ni jam 2.00ptg kita dah kena bertugas di bilik seminar 3. Huh! Interprem lagi...hehehe

No comments:

Post a Comment