Nuffnang

Thursday, June 17, 2010

KAD PENGENALAN




Hari selasa kita cuti rehat sebab nak buat kad pengenalan baru tambah dengan penat yang belum hilang lagi. Kalau ikutkan memang tak mahu lah tukar kad pengenalan baru, guna yang sediaada...hehehe

Banyak cantik muka kita, buat peraturan sesuka hati...hehehe. Tiap kali ada urusan di bank dan jabatan-jabatan kerajaan mesti kena tegur...hehehe. Kad pengenalan dah rosak kena ganti baru.

Lama-lama telinga yang kebal nih naik nipis...hehehe. Malu pun ada, nekadlah nak ganti yang baru. Kita buat keputusan buat di Pejabat Pendaftaran Pontian. Awal-awal pagi dah pegi Pontian.

Sampai Pontian pukul 7.20pg. Sorang manusia pun tak ada di situ dengan pintu pejabat masih berkunci...hehehe. Kita pegi awal sebab takut tak dapat nombor tapi sebaliknya.


Terus pegi sarapan dulu dengan Aja. Bila selesai bersarapan terus pegi semula Pejabat Pendaftaran. Lega pintu dah buka. Ambil nombor giliran, kita dapat nombor 1001 bermakna kita orang pertama berurusan kat situ...hehehe

Alhamdulilah settle dah tukar kad pengenalan baru. Insyallah lagi 2 minggu siap. Cepat ekkk sekarang buat kad pengenalan. Baguslah ada perubahan berbanding servis 10 tahun yang lepas.

No comments:

Post a Comment