Nuffnang

Sunday, June 13, 2010

PERCUTIAN DI LOTUS DESARU BEACH RESORT (2)
















Salam buat uoll semua. Akhirnya sampai gak kita ke Lotus Desaru Beach Resorts pada 13 Jun 2010. Bertolak dari rumah pukul 9.30pg dan sampai dalam pukul 11.30pg.

Masuk kawasan bandar Penawar memula tak nampak signage Lotus Beach Resort. Bila ke dalam sikit baru nampak bumbung ada bendera sana sini. Itulah resort yang kita cari. Alhamdulilah glupppp! lega.


Dari luar nampak parking punyalah penuh dengan kereta dari pelbagai negeri juga luar negara, begitu gak dengan deretan bas pesiaran rasanya lebih dari 8 buah. Dalam hati ramainya penghuni resort ni.

Errrrmm! memang tepat tekaan kita. Bila nak masuk awal-awal pengawal pintu masuk tahan, kata tak boleh masuk sebab bilik dah full, kita jawab la, saya dah booking seminggu yang lepas dengan muka mintak simpati..hahaha.

Dia pun benarkan masuk. Pusing-pusing nampak ada satu parking betul-betul depan lobby, redup lak tu. Selamat kita! hehehe


Masuk lobby terus gi kaunter jumpa receiptionist yang bertugas. Ada masalah sikit, acctually masa booking online, kita booking pada 11 Jun 2010 tapi pastu call dengan Mr Jane mintak tukar tarikh pada 13 Jun 2010. Dia confirm tiada masalah dalam perbualan kami dalam telefon tapi dia tak buat editing dalam online. So bermakna permohonan saya secara online terbatal dengan sendirinya. Atas budi bicara layanan staf yang cukup baik di situ, mereka suruh kita duduk jap di ruang lobby.

Adalah duduk dalam 15 minit sorang staf datang suruh ke kaunter. Akhirnya kita dapat gak bilik, lokasi yang cukup menarik betul-betul mengadap Theme Water Park. Kalau ikutkan check in pukul 2.00ptg tapi mereka suruh kita masuk awal sebelum pukul 12.00tgh lagi. Horayyyy! hehehe
Settlekan urusan bayaran dan ambil kad terus menuju bilik. Kita dapat bilik F 110.

Tengok ya kita ada upload gamba-gamba di sana.

No comments:

Post a Comment