Nuffnang

Wednesday, June 30, 2010

PUASA SUNAT REJAB


Hari ini kita berpuasa sunat bulan Rejab lagi. Tadi ada sorang Pustakawan, Cik Cumi mengajak kita breakfast sama tapi kita menolak dengan baik sebab berpuasa. Walaupun dapat mengikuti berpuasa sunat ini bermula 15 Rejab, actually kita tak perasan bulan Rejab dah tiba. Kalau dah Rejab makanya nak jumpa bulan Syaaban kemudian Ramadhan. Cepatnya masa berlalu untuk tahun 2010, makanya bertambah-tambah usia kita. Tua dah kita ekkk? hehehe

Kali ni tulisan blog kita macam ala-ala ustazah CT lak...hehehe. Hasil dari bacaan kebaikan bulan Rejab ni sukar kita nak gambarkan. Allahuakhbar! Bulan Rejab ni merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Rejab ni bermaksud keagungan, kebesaran dan kemuliaan. Kelebihan berpuasanya cukup menyedarkan kita :

Puasa 1 hari : Seperti berpuasa 40 tahun.

Puasa 2 hari : Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan di lipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka.

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga. Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Alhamdulilah moga hari ni puasa kita sampai ke petang. Suami kita dah belikan kari kepala ikan kat cafe UTM tadi. Balik tinggal panaskan, goreng sayur dan masak nasi.

Ok cukuplah catatan dari ustazah CT untuk hari ni...hehehe. Ustazah ke? hehehe

No comments:

Post a Comment