Nuffnang

Monday, June 7, 2010

SEMALAM DI BATU PAHAT



Salam buat semua pembaca blog saya...

Dah berapa hari kita tak update blog ni, kalau ikutkan banyak picture dan cerita yang nak di kongsi bersama pembaca semua tapi bz yang tahap gaban buat kita letak di tepi blog ini.

Semalam ada jemputan majlis perkahwinan sepupu, Fara Lisa di Batu Pahat. Balik dengan kakak dan anak-anak dia sahaja. Suami tak dapat join sama sebab bertugas menjaga peperiksaan untuk calon-calon dari Universiti Wawasan. Cuba nak snap gambar Fara tapi nampak ramai manusia penuh sangat depan pelamin so batalkan niat tu. Lagi pun cuaca panas malaslah nak berebut. Kita tak suka..hehehe

Dalam pada itu satu perkara yang paling...paling...paling saya simpan sebagai kenangan bersama akak , kami amil peluang berkunjung ke rumah pusaka peninggalan arwah datuk dan nenek juga rumah kelahiran kami. Macam sayup je rumah tu nampak dah pun terbiar tanpa di urus dengan baik. Banyak kenangan kami berdua di sana berbanding dengan adik-adik kami, disitulah tempat kami bermain berdua.

Dalam kesempatan itu sempat saya menunggang basikal tapi entah berapa kali jatuh..hahaha. Dok kena gelak dengan akak dan anak-anak sedara je. Dengan berbaju kurung pun menjadi...hahaha. Walaupun sekejap tapi itu yang kita nak rasai zaman yang telah pun berlalu.

Cukup indah dan tetap dalam kenangan....

No comments:

Post a Comment