Nuffnang

Wednesday, June 16, 2010

TRAGEDI MAVI MARMARA


Salam buat semua blogger.

Alhamdulilah untuk beberapa hari mengambil cuti rehat. Hari ini memulakan tugas dengan 'mood bersemangat untuk kerja'. Slide kehadiran seawal pukul 7.35pg, terus memulakan kerja sebelum waktunya. Tujuan utama kita nak settlekan keja pagi ni sebab nak gi dewan senat, UTM untuk mendegar serta melihat diskusi bersama wira-wira negara 'Tragedi Mavi Marmara'.

Menuju ke dewan senat dalam 9.25pg bersama Lela. Kemudian majlis bermula pukul 9.40pg. Majlis dimulakan dengan tayangan video di Gaza. Awal-awal Lela dah tangkap syahdu, apa lagi kita pun ikut sama nangis....huhuhu. Sedih bila tengok anak-anak kecil tidak berdosa luka sana sini akibat serangan peluru dan bom Israel. Anak-anak bumi Malaysia luka akibat penderaan ibubapa dan pengasuh. Dunia akhir zaman agaknya.

Tamatnya tayangan video, diskusi pulak, dimana terdapat 3 panel jemputan. Banyak pengalaman yang di kongsinya bersama. Antara yang menarik di hati kita, mereka hendak mati syahid demi memperjuangkan sesama agama.

Apa yang cukup berkesan di hati kita yelah ' .....untuk beramal cukup mudah, kuatkan kerohanian dan mental'. Moga apa yang mereka perjuangkan untuk kebaikan Palestin pada amnya.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut sila layari http://aqsasyarif.com

No comments:

Post a Comment