Nuffnang

Tuesday, August 31, 2010

KEMERDEKAAN 2010





Salam pagi selasa buat semua blogger sempena Kemerdekaan tahun 2010. Mungkin ramai yang masih di ulit mimpi berjaga malam tadi menanti detik 12 malam dan memandangkan hari ini satu Malaysia semuanya bercuti. Kalau sebut kemerdekaan semuanya fokus pada kemerdekaan tanahair tapi bagi kita kemerdekaan ini meliputi segalanya. Mungkin pada zaman British mereka boleh berfikiran sebegitu tapi kini kita kian maju dari hari ke hari, tahun ke tahun. Minda kita perlu di merdekakan dari aspek pembangunan negara dan sebagainya.

Mungkin bagi mereka yang lahir tahun 60an mereka mengenali erti keperitan dan kemiskinan dalam sebuah keluarga lagi pun ketika itu ekonomi negara cukup merosot.

Penduduk luar bandar agak sukar untuk melalui arus permodenan akibat kekangan kewangan tapi hari ini segalanya berubah. Pembangunan dan sumber kewangan di perolehi dengan mudah.

Anak-anak sekarang harus bersyukur dengan nikmat yang ada sekarang. Belajar menjadi insan yang baik dan berbakti pada negara. Insyallah!!

No comments:

Post a Comment