Nuffnang

Sunday, August 1, 2010

MUSIM HUJAN


Memandangkan sekarang ini tengah musim hujan. Celik mata pagi dah hujan. Kalau berfikir tatkala hujan sedang turun, boleh kita tafsir beberapa motivasi tersirat di sebalik titisan-titisan hujan. Hujan ada dugaan tersendiri. Apa dugaannya hujan dan halangan. Halangan kepada perjalanan dan mungkin juga halangan kepada aktiviti kita. Ceh! kita ni cakap macam seyes je bab hujan...hehehe

Dalam usaha kita menuju kejayaan, halangan sudah pasti. Dugaannya hujan adalah halangan. Kesejukan menjadi dugaan utama ketika kita meredahi hujan, terutama tanpa payung serta tanpa ada tempat berteduh.

Bila di hati kita sudah tekad mahu berjaya, kita mesti sabarkan hati kemudian tempuh dugaan tu. Makin kuat tekad kita, maka akan besarlah cabaran di hadapan kita. Makin sukarlah dugaan sedia menanti di depan kita.

Hujan hanya sementara. Begitu juga dugaan, hanya sementara.Tiap kali di landa dugaan, tempuhinya dengan sabara. Yakinlah dugaan sifatnya hanya sementara, seperti hujan.

Catatan blog kita kali ini di tujukan buat kak Deborah. Moga apa yang dia terima buat masa ini sebagai 'Musim Hujan'. Bahawa Allah nak menguji sejauh mana ketabahan dia. Kita sebagai kawan hanya mampu beri nasihat, kesedihan dia kesedihan kita juga. Tak salahkan kak kita saling nasihat menasihati. Percayalah setiap apa yang berlaku ada hikmah tertentu Allah nak beri pada kita.

Kadang-kadang tak terfikir oleh kita Allah hilangkan sekejap matahari, kemudian dia datangkan kita guruh dan kilat. Puas kita menangis mencari matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang cukup indah...

No comments:

Post a Comment