Nuffnang

Sunday, September 5, 2010

AIRMATA QASEH





Salam sayang buat semua pembaca blog CT. Selamat berpuasa dan beristirehat di hujung minggu.

Pagi ini kita bangun seawal jam 4.30pg, panaskan lauk pauk dan apa yang patut terus bersahur dengan incik asben dan anak bujang kita. Sementara menunggu azan subuh kita online kejap, sempat juga reply komen-komen blogger yang meninggalkan jejak kaki di blog tak seberapa ini. Bila azan kita terus solat berjemaah bertiga.

Jam dah menunjukkan jam 6.30pg, kita terus mandi dengan mengenakan baju kurung hitam bercorak kelabu dan bertudung hitam. Ermmm...kita nak ke kubur, mungkin pelik ayatnya pagi-pagi buta pergi kuburkan. Tujuan utama takut cuaca panas sebab utama kita nak cuci kayu, batu kubur serta tanam pokok bunga mak dan nenek. Kita nak rumah baru mak dan nenek seindah rumah kita juga. Kalau orang di luar sana masing-masing sibuk mengecat rumah, menukar langsir kita lakukan kedua-dua dengan seiring. Kita tak sanggup rumah baru mereka terbiar sepi tanpa kasih sayang. Nanti kita sedih.

Semoga kehilangan mak dan nenek kesayangan kami akan menjadi suatu pengalaman yang pahit dan manis untuk kita. Kita banyak sangat belajar dengan kehidupan selepas ketiadaan mereka. Kita nak anak-anak lihat dengan mata dia sendiri bahawa rasa kasih sayang kita terhadap orang tua sampai ke liang lahad. Tadi kita bawa anak bujang, Ajim moga dia menjadi lelaki yang yang lebih menghargai kasih sayang di masa-masa akan datang. Kita berharap agar setiap detik kenangan bersama mak dan nenek akan Ajim ingat sampai bila-bila.

Dalam perjalanan ke taman perkuburan hujan rintik-rintik bagai mengiringi perjalanan kita kesana. Sampai di kubur kita buat dulu proses mengikis lumut-lumut kecil yang menumpang teduh di batu dan kayu. Kita tanam pokok bunga warna maroon untuk rumah syurga mak dan pokok bunga pink untuk nenek. Kita tak tahu spesis apa pokok bungi ini tapi cukuplah kita panggil dia 'Airmata Qaseh'.

Kemudian kita call adik lelaki Taufiq yang sedang bercuti di rumah abah, kita bagi tau kita ada di kubur. Dia datang dengan isteri dan sama-sama kami memberus kubur. Hujan masih turun, kita teruskan badan ini basah lencun dengan curahan hujan. Tidak salah rasanya, sepanjang mak dan nenek ada dia sanggup meredah segalanya untuk kita, apalah salahnya sekadar titisan hujan yang sekali sekala untuk diri ini. Mak dan nenek jangan sedih ya, tengok kita basah yang pasti mak dan nenek sentiasa menemani di hati kita selalu walaupun dunia kita sekarang berbeza.

Semasa kita sibuk menanam 'Airmata Qaseh' mak dan nenek tiba-tiba datang seorang pemuda seawal 20an yang merupakan penggali kubur membawa cangkul dan pengorek tanah. Di pahamkan ada kematian jam 3.30pg tadi. Di atas nun sebelah kiri mak dan nenek makin ramai kawan-kawan baru. Mak dan nenek tau tak? Hari ini mak dan nenek dapat lagi kawan baru ya. Mesti keluarga mereka tengah berdukacita dengan sebuah kehilangan macam kita dulu tambah menjelang Syawal.

Tak tergambar perasaan syukur dan gembira kerana Allah telah mempermudahkan segalanya ketika membersihkan kubur tadi. Kita harap mak dan nenek pun bertambah bahagia dengan tinggal rumah baru yang bersebelahan. Tak lama lagi kita dah nak beraya pastinya di taman Raudhah Hari raya pasti lebih gembira berbanding kami yang beraya di dunia.

Selamat Hari Raya mak dan nenek hanya ini yang termampu kita lakukan selain iringan doa saban waktu. Mak dan nenek jangan sedih ya, kita dah ampunkan segalan salah silap selama ini. Harap mak halalkan setiap titisan susu di mulut kecil ini dulu hingga kita dah berada di tahap sekarang. Rasanya kita yang banyak buat salah pada mak dan nenek, tidak mendengar kata dan sebagainya. Tentu kita buat mak bersedihkan ketika itu. Maafkan kita ya !

Al Fatihah buat mak dan nenek di Taman Raudhah sana. Tiada apa yang menarik sebagai tanda pokok 'Airmata Qaseh' untuk Aidil Fitri kali ini.

6 comments:

  1. salam ct

    sayu hati ayu membaca entry ct kali ini...

    sejuk perut arwah ibu ct melahirkan ct...

    sesungguhnya org y terpilih y akan mengalami nasib seperti ct, kehilangan ibunda....

    alhamdullilah, ayu masih ada org tua, hanya keempat datuk dan nenek tiada...

    sesungguhnya ayu berasa dekat dgn ct.....izinkan ayu mengenali lebih dr sebelum ini...

    salam sayang dr ayu-kulai....

    ReplyDelete
  2. Siti Ruhayu Ab Rahman : Kalau nak sebut sedih dh byk kali airmata ni mgalir tp siaplah kita nk mlawan kehendakNya. Ibubapa, suami dan anak2 hanyalah di pinjamkan untuk kita juga sebaliknya. Tapi sebagai anak inilah peranan kita. alhamdulilah ayu masih ada ibubapa, tunaikan hasrat dan permintaan mereka...peluk dia erat2 setiap kali berjumpa. akak pcaya itulah tanda kasih sayang kita selain doa ank soleh yg mdoakan kedua ibubapanya.


    Apa salahnya kalau nk kenal dan rapat lg dgn CT tiada halangan pun. Raya jmpt dtg rumah ya..

    ReplyDelete
  3. kasihredha : Tq merasai apa yg kita rasakan..kalau masih ada ibubapa jagalah sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  4. ct...addres?...

    heheheeh, add fb kita umairahayu@yahoo.com

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete