Nuffnang

Saturday, September 18, 2010

ANAK SIAPALAH NI?


Kita bukan nak mengutuk tentang selebriti tanahair sebab dia pun manusia biasa macam kita juga tambah kita pun ada anak-anak yang kian membesar. Kita sedih baca berita semalam.

Kenyataan Memey semalam dalam hmetro buat kita tersentap. Dia tak kisah kalau NH tak beri dia wang hantaran. Pembohong dan jauh di sudut hati ibubapa dia nak bagi anak dara dia secara percuma pada orang lain dengan sewenang-wenangnya. Dia terfikir tak ibubapa dia perlukan sumber kewangan untuk membuat majlis dan sebagainya. Bukan cakap apa la, tisu sehelai pun perlu guna duit dik!

Apa perasaan ibubapa dia ya? Kita harap sangat Memey tu berfikiran jauh dan waras. Dia pandang tak sejarah-sejarah silam NH yang lepas sepatutnya boleh di jadikan panduan sebab Memey tu terlalu muda lagi. Peluang dia mengecapi masa hadapan masih banyak, jangan kerana seorang lelaki ranap masa hadapan.

Kita orang luar memang tak boleh menentukan masa depan seserang tapi harap sangat ibubapa dan adik beradik dia celik dan buka mata seluas-luasnya. Hidup glamor ini bersifat sementara, kita yakin yang kekal itu kebahagian dunia dan akhirat.

Untuk Memey, ko dah fikir masak ranum ke dik? Dulu Faradhiya pun angau kejap tapi nasib tersedar dari lamunan.

Betul kata orang tua-tua cinta itu buta senang cite macam perigi buta. Kalau dah tersungkur ke dalam jadilah mangsa perigi buta. Amik pengajaran apa yang telah berlaku pada Abby dan anak-anak, bukan bermakna kita menyebelahi Abby tapi renung-renungkan... :))

Kita tak nak pulak lepas ni dengar Memey pulak menjerit pasal tak dapat wang hantaran. Gluppp!!

Hope ahli keluarga dia bangkit dapatkan khidmat nasihat kaunselor dan sebagainya sebab banyak kali kita terbaca Memey buat kenyataan mengatakan NH rajin bagi motivasi pada dia. Huh! Sebagai sorang ibu kita betul-betul rasa cukup tersentap, dimana kewarasan ibubapa dia.

Fikir secara logik sudah memadai dari rentetan cerita awal mereka. Sedihnya kita!

2 comments:

  1. masa tgh berchenta mmg semuanya indah kan? huh!

    ReplyDelete
  2. gadisBunga : Tau takpe...aaaaa akk nk igtkan kat adik gk...jgn sampai camni ya...cian masa dpn kita nnt..pikir panjang2 bila nk buat keputusan...akk bcakap ni sbb akk pun ada anak dara yg dh beso panjang...ada masa kita leh gurau dan ada masa kita kena tegas...igt2kan dia slalu...:)

    ReplyDelete