Nuffnang

Sunday, September 26, 2010

AR HIJJAS KASTURI


Ar Hijjas Kasturi satu nama yang tidak asing di persada negara dalam bidang arkitek. Merupakan pengiat bidang senibina paling berprestij namun kejayaan beliau ini menuntut ketabahan dan kerja keras yang bukan sedikit.

Membesar dalam keluarga yang susah yang ketika itu zaman penjajahan Jepun. Zaman persekolahannya beliau terpaksa berkerja waktu malam demi menampung yuran pengajian dalam bidang seni dan pembinaan di Rafles Institution.

Beliau bermula dalam bidang senibina dengan mengambil kursus senibina di International Correspondence School dan . Kemudian melanjutkan pengajian di Adelaide University dan seterusnya ke Melbourne University, Australia.

Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1967, beliau telah memiliki kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara.

Dalam masa 2 tahun beliau telah memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji dan menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri keislaman hingga ke hari ini.

Semalam di UTM sempena majlis konvokesyen yang ke 45 beliau di anugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Inovasi Senibina atas sumbangan beliau dalam dan luar negara. Apa yang membuatkan kita tertanya-tanya dalam diri, mengapa dan kenapakah insan-insan sebegini yang tidak mendapat gelaran datuk?

2 comments:

  1. Woowww... sungguh tabik. Moga menjadi motivasi kepada pelajar.

    ReplyDelete
  2. azieazah : nampak cergas dan sihat..masih blh bkerja wpun dah tahap warga emas...

    ReplyDelete