Nuffnang

Saturday, September 25, 2010

BERBUKA ATAU BERSAHUR PUASA?


Kita berhenti rehat jap dalam 11.45mlm tadi. Nak tergelak tapi korang mesti cakap benggong akak ni...hahaha. Nak dengar cite kita tak?

Acctually hari ni kita berpuasa. Masa balik dari opis tadi incik asben bagi nasi tomato. Kita pun yihaaaaaaaaa la sebab tak payah masak atau sebagainya. Gluppp! Selamat tak payah hiris bawang, lada, periuk, belanga bagainya...hehehe

Bila azan kita terus turun bawah minum air dan makan nasi tomato. Bila masuk mulut je, yekkkk! macam dah basi. Kita terus buang dan minum air je....hehehe. Takut gak kena serangan berry-berry...hehehe. Minum air buah-buahan yogurt dalam botol so rasa kenyang sikit. Tak amik kisah sangat, wal hal sahur pun tidak pagi tadi.

Lepas cuci tangan kita pun naik atas solat maghrib dan mengaji kejap. Dah tak tau nak buat apa online dan menonton program tv9, Gadis Melayu. Bila incik asben balik dalam pukul 11.30mlm kita pun buat laporan pasal nasi tomato petang tadi basi.

Dia terus keluar belikan mee hoon. Kita pun makanlah mee hoon, bila renung makanan terpikir bahawa kita ni berbuka puasa atau bersahur? hahaha. Nasib tak niat bersahur tadi.

Macam-macamlah kita ni ya...hahaha

2 comments:

  1. Hahaha macam terbalik plak, patut buka dulu baru sahur, ni dah macam bersahur lak.

    Mujur ada gak yang sanggup belikan makanan, dapat ler berbuka di waktu supper. hehehehe

    ReplyDelete
  2. azieazah : org sarapan berat2..kita pagi ni makan tempeyek...hahaha. Masih kenyang 'bersahur' meehoon...hehhehe

    ReplyDelete