Nuffnang

Monday, September 6, 2010

HOSPITAL SULTANAH AMINAH


Tadi kita ke hospital Sultanah Aminah buat medical checkup. Sampai je tengok manusia dah macam semut. Berpusing gak cari parking tadi. Masuk parking awam Jabatan Forensik adalah dalam 2-3 buah kereta je. Lega rasanya. Biasalah bilik mayatkan mana orang nak parking. Takut gaknya.

Nasiblah bangunan Jabatan Forensik dengan Jabatan Pesakit Luar tak jauh. Lamanya menunggu, kita bukan nak buat pemeriksaan di situ cuma nak dapatkan pengesahan doktor yang bertugas supaya kita transfer ke Jabatan Otorinolarigologi.
Telinga kanan kita ni ada masalah sikit macam ada bunyi ...hehehe. Bunyi macam dalam flight pun ada, nasib tak macam bunyi lori...hehehe

Letihnya menunggu dari pagi sampai tengahari, lepas tu ke Jabatan Otorinolarigologi untuk mendapatkan temujanji. Akhirnya selesai dalam pukul 12.30tgh.

Ermm...dapat time slip tapi kalau dah melebihi 2 jam time slip tidak boleh di gunapakai. Nampak gayanya esok kena isi borang cuti.

Dapatlah ubat cinonet, temujanji dengan doktor pakar ENT pada 18 Oktober 2010. Huh! Lamanya.

2 comments:

  1. Siti Ruhayu Ab Rahman : x la operation lg..jumpa dr pakar ENT pun tak lg...tunggu bulan Okt nnt...

    ReplyDelete