Nuffnang

Sunday, September 26, 2010

LOKASI TANAM MAYAT DI TEMUI

Banting - Dua lokasi baru dipercayai tempat mayat ditanam dikesan di sekitar Ladang Gadong di sini petang semalam, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan siasatan kes kehilangan seorang ahli perniagaan dan rakannya dari Sungai Petani sejak April lalu.

Sumber yang mendedahkan penemuan itu berkata, dua lokasi tersebut ditemui hasil maklumat daripada pekerja ladang milik peguam yang kini ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Beberapa pekerja ladang itu dibawa masuk semula ke ladang berkenaan kira-kira pukul 4 petang semalam.

“Salah satu lokasi itu adalah berhampiran kuarters pekerja yang terletak di bahagian belakang ladang itu.

“satu lagi lokasi dipercayai di luar tembok ladang tersebut,” katanya

Kredit kepada Kosmo kerana bagi pinjam bahan

2 comments:

  1. Salam perkenalan CT,
    AKak dah follow...nnt follow akak juga ya...thanks

    Kak Azzah8

    ReplyDelete
  2. nurazzah8 : wslm, tkasih sudi ke blog CT. Rajin2 dtg lg ya... :)

    ReplyDelete