Nuffnang

Sunday, September 19, 2010

MAKANG-MAKANG








Malam tadi berkesempatan meluangkan makan seisi keluarga di Mc Donald. Sebelum anak-anak balik ke universiti dan asrama. Anak dara kita dah balik universiti pagi tadi dan yang si bujang kejap lagi kita hantar ke asrama. Mereka semua sudah kena back to normal routine lagi pun masing-masing exam dah dekat. Moga mereka mencapai kejayaan dan jadi anak-anak berakhlak mulia. Insyallah.

Selesai makan dalam 9.30mlm dan terus balik ke rumah untuk menonton Nur Salina lakonan Ummie Aida dan Remy Ishak. Apa yang kita dapat dari pengajaran tersebut dalam apa jua tindakan jangan sesekali ingkar dengan orang tua dan jauhi judi.

Cerita yang cukup menyentuh kalbu dan sesuai di jadikan pengajaran bersama.

Endingnya cukup sedih, Nur Salina pun tak sangguh membela dirinya lagi walaupun ada khidmat guaman yang ingin membantu. Kesian, anak-anak jadi mangsa keadaan ibubapa.

2 comments:

  1. makang-makang?...
    orang Terengganu ke?...
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Aizat Shafiq : O...oooooooo tidakkkkk... Kita org Johor...tq masuk sini....

    ReplyDelete