Nuffnang

Monday, September 20, 2010

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Tarik nafas, hembus! Tarik nafas, hembus! Senaman untuk bagi mood kembali bertugas...hehehe. Kita tau ramai yang masih dalam status mood raya. Betul tak?

Kita paham, macam itulah yang berlaku pada diri ini minggu lepas. Mengantuk mengatasi segalanya dan apatah lagi nak buat kerja pun macam kena paksa makan ubat. Senang cite macam dalam keterpaksaan. Ishh! Tak baik kita ni. Tutup buka ya, kita dah buka buku baru...hehehe

Alhamdulilah pagi ni kita cukup berkobar-kobar bila nak memulakan tugas, agaknya dah banyak makan kuih raya. Tak tau dah berapa tebal babat ni...muahaha

Untuk kawan-kawan yang baru memulakan kerja selepas sekian lama bercuti raya, selamat kembali menjalankan tugas seperti biasa. Bisik dalam hati 'Aku kerja untuk mencari rezeki halal demi keluarga kami. Alhamdulilah kerja kita cukup mudah kalau di bandingkan orang lain yang berjemur panas di bawah matahari'

Hari ini kita dah mula berpuasa. Tujuan utama membayar puasa ganti yang terhutang baru-baru ni dan keduanya dengan berpuasa kita boleh mengurangkan babat yang makin menebal...hehehe

Selamat beramal ya adik-adik!

No comments:

Post a Comment