Nuffnang

Sunday, September 5, 2010

ZAMAN KANAK-KANAK


Sadis baca paper malam ni kisah bunuh 2 beranak. Camna ya orang boleh tergamak bunuh orang. Puas kita pikir. Argggh! Tak boleh nak imagine, ngerinya. Malaslah nak pikir. Pikir perkara yang baik lagi bagus.

Tadi masa balik dari rumah abah kita boleh tingat zaman kanak-kanak. Kalaulah zaman ni boleh berputar balik, kita orang pertama angkat tangan nak balik semula zaman kanak-kanak. Tapi itu semua angan-angan Minah binti Jenin kita je...huhuhu

Kita suka main masak-masak bawah rumah. Bagi yang anak peneroka sure tahu rumah asal Felda tu macam manakan. Kita ni adik beradik perempuan so kalau buat apa 'projek' kira boleh simpan sampai mautlah...hehehe. Ooooo..projek baik-baik ya, bukan yang bukan-bukan tau. No! no! nooooo...

Dulu zaman cuti sekolah kita jatuh hari jumaat dan sabtu. Pagi-pagi tolong mak dan abah apa yang patut. Kita boleh buat kerja ladang, rumah dan sebagainya. Memang lasaklah zaman kanak-kanak kita, tak la lembik-lembik macam budak sekarang...hahaha

Bila dah settle kerja, tengahari mak, abah dan nenek rehat tengahri, tak pun dorang tido tengahri. Inilah peluang terbaik wok! Kita biasanya buat kerja-kerja ni dengan akak. Akak buat baik adik buat baik, bila akak buat jahat kita pun jadi jahat. Mengikut telunjuk tul, senang cite lurus bendul...hahaha

Bila tengahari kita suka ambil tin susu yang dah tak guna sebanyak 5, 3 untuk buat tungku, 1 untuk masak nasi dan 1 lagi untuk masak sayur. Biasanya proses hidupkan api akak kitalah yang hidupkan, kita memang tak pandai sampai sekarang ni...kantoi gak ya. Seyes memang tak pandai la dapur-dapur kayu ni...hehehe

Ok sambung balik cite tadi. Akak kita tukang idupkan api, kita masuk dalam rumah tukang curi beras, bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Main isi je beras dalam tin kemudian isi air letak atas tin yang dah ada api tu. Bila kununnya nasi dah masak, kita pegi amik pucuk manis tepi rumah. Main petik-petik pucuk manis tu letak bawang merah dan putih serta ikan bilis. mendidih tu bererti masak...hehehe

Bila dah siap boleh kita makan dengan kakak. Entah tahap kebersihannya memang takde langsung pun kita boleh makan masa tu. Penat mak kita masak untuk anak-anak dia, kita tetap nak main masak-masak. Tapi itulah yang buat kita ingat sampai sekarang. Cakaplah permainan apa je dulu yang kita tak main.

Budak-budak sekarang tak merasa semua tu, mungkin zaman dah berubah. Kita boleh mandi-manda dekat sungai tanpa pengetahuan mak dan abah. Mahu budak sekarang mandi sungai sure dah buat report polis tak pun gosipnya kembang setaman...huhuhu

Itulah antara pengalaman kita zaman kanak-kanak. Memang indah!


4 comments:

  1. awak..

    kita pun anak peneroka gak...awak felda mana?...kita tenggaroh

    kita pun suka masak2..suka memasak entah apa2 dalam tin kat belakang umah...

    memang sweet memory tersebut...yang lawaknya abis semua...tapikan kita tak suka main kawin2 ngan anak patung....eik....hahahahahah

    ReplyDelete
  2. Ayu : Ni mak sedara Memey Suhaiza ke??? hahaha. Oppppsss! Terlebih sudah takut Norman marah kang. Ya ampun Norman...hahaha.

    Kita Felda Ulu Tebrau taukan. Paling hampir dgn bandar JB...

    ReplyDelete
  3. ct...awak nie...selisih tau..tamo jadi mak sedara si memey tu...

    geli nyer...

    tau...kita ada mak ngah duk kat situ, umah dekat ngan kuates guru..depan sekolah agama ngan kebangsaan

    ReplyDelete
  4. Ayu : sapa ekkk? Tp kita x bape kenal sgt org sana, bcoz form 1 je dh masuk asrama sampai abis blaja n trs keja...

    ReplyDelete