Nuffnang

Friday, October 29, 2010

AC MIZAL TERLEPAS HUKUMAN PENJARA

Kajang - Penyanyi dan pengacara AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini pada Khamis terlepas daripada hukuman penjara selepas beliau membayar tunggakan nafkah anaknya seperti yang diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kajang di sini.

Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan Mizal, 38, dipenjara selama 25 hari bermula hari ini sekiranya bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia itu gagal membayar tunggakan nafkah dua anak lelaki hasil perkongsian hidup bersama bekas isterinya Shafnie Zainuddin, 34, sebanyak RM9,800.

Selain hukuman tersebut, pengacara berkenaan turut dikenakan denda RM1,500 sekiranya gagal membayar denda, penjara selama 10 hari bagi kesalahan kegagalan beliau menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada Shafnie.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata secara keseluruhannya perbuatan Mizal tidak disifatkan sebagai menghina mahkamah sebaliknya pengacara berkenaan dianggap telah melanggar perintah mahkamah.

"Perbuatan responden tidak membayar nafkah anak sebanyak RM200 bermula sejak Januari 2005 hingga 19 Feb 2009 iaitu selama 49 bulan yang kesemua tunggakan berjumlah RM9,800 merupakan satu tindakan yang tidak mematuhi perintah mahkamah dan ia bukannya penghinaan kepada mahkamah.

"Justeru mahkamah memerintahkan bahawa wang tunggakan nafkah anak RM9,800 dimasukkan hari ini juga dan bagi perbuatan respondan yang tidak menghantar penyata kewangan syarikat kepada plaintif, mahkamah mendapati ia adalah satu penghinaan dan mahkamah mengenakan hukuman denda RM1,500 atau penjara 10 hari jika gagal membayar denda tersebut," katanya.

AC Mizal yang diwakili peguam syarie Siti Aishah Din kemudiannya menjelaskan jumlah tunggakan nafkah tersebut ke akaun RHB milik Shafnie dan anak pertamanya serta membayar denda berkenaan.

Abdul Halim berkata pelanggaran perintah mahkamah yang dibuat penyanyi tersebut belum mencapai tahap menghina mahkamah kerana mahkamah mendapati Mizal masih lagi mematuhi perintah dengan menjalankan tanggungjawabnya menyediakan perbelanjaan awal persekolahan anak-anaknya.

Selanjutnya klik Bernama.

4 comments:

  1. la.da kaya pon lupa nk kasi duit kt anak ke

    ReplyDelete
  2. mcm tu punya perangai layak ke jadi dato?
    tak sesuai.....

    ReplyDelete
  3. alinac lover : Dia terlupa kot...

    ReplyDelete