Nuffnang

Saturday, October 9, 2010

AL FATIHAH

Bachok - Mayat dua beranak yang hilang dan dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Kemasin di sini semalam, telah ditemui pagi ini oleh pasukan mencari dan menyelamat.

Ketua Daerah Polis Bachok DSP Yahya Salleh berkata mayat Norhaziq Aiman Noordad, 6, ditemui pada 9.50 pagi manakala bapanya Noordad Mohd Noor, 51, pukul 11.10 pagi dalam jarak kira-kira 50 meter daripada tempat kejadian.

"Mayat kedua-dua beranak ini ditemui tidak jauh antara satu sama lain, dan telah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.

"Mayat anaknya telah ditemui oleh nelayan yang lalu di kawasan itu, manakala Allahyarham Noordad ditemui pasukan mencari dan menyelamat," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Sabtu.

Semalam, mayat seorang lagi anak Noordad iaitu Nurfaradila Aishah, 11, ditemui pada 5.47 petang. Ketika kejadian, bekas anggota polis dan empat anaknya itu sedang berkelah di pantai berkenaan.

Yahya berkata dalam kejadian pada 4.30 petang semalam itu, lima sekeluarga termasuk seorang sepupu lemas ketika mandi di pantai berkenaan, namun dua daripada mereka berjaya diselamatkan oleh Noordad, yang kemudian turut lemas dan hilang.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment