Nuffnang

Wednesday, October 6, 2010

ANAK-ANAK HARI INI

Petang tadi balik kerja terus iron baju kita dan incik asben. Kami berdua sepatutnya menghadiri jamuan sebuah persatuan di luar. Kita demam secara tiba-tiba waktu maghrib tadi. Badan kita terasa panas, jadinya atas persetujuan bersama kita tak perlu ikut. Incik asben pergi seorang dan kita rehat di rumah.

Ikutkan hati nak ikut tapi badan kita terasa letih dan rasa nak baring je. Insyallah lain hari dan masa kita join.

Baru kejap kita berbual dengan anak dara kita, hari jumaat dia nak balik juga, nak jumpa kami berdua sebelum peperiksaan bermula pada 21hb Oktober 2010. Lama-lama rasa kesian pulak, kita izinkan dia balik sebab nak nak dapatkan restu kita sebelum exam. Tajuknya bukan nak dapat restu, dia dah rindu kat kami berdua. Paham sangat dah! hehehe

Jap lagi nak masuk portal student, tolong daftar subjek untuk semester depan. Bagus punya anak-anak sekarang, daftar subjek pun ibunya yang tolong buat. Main sms je, ibu tolong daftarkan subjek akak ya, assignment tengah melambak-lambak ni...hehehe

Kita tak kisah pun, anak-anak kita adalah kawan yang paling hampir. Kalau kita bantu dia, insyallah dia ingat kita kemudian hari. Biar dia tahu betapa kasih dan ambil beratnya kita terhadap dia semua. Lagi satu dia tahu ibu dia bukan buta IT, kata orang sikit-sikit tu bolehlah...hehehe

2 comments:

  1. Siti Ruhayu Ab Rahman : Mmg betul..nk manja tu..hehehe

    ReplyDelete