Nuffnang

Wednesday, October 20, 2010

BADAN LANGSING JADI UMPAN

Kuala Lumpur – Taktik pemasaran licik yang dijalankan oleh pusat-pusat pelangsingan badan menjadi punca ramai wanita mudah terjerat untuk melanggan pakej menguruskan badan yang ditawarkan walaupun hasilnya belum tentu terjamin.

Keadaan itu dikuatkan lagi dengan pelbagai kisah menarik individu-individu termasuk golongan artis yang berjaya menurunkan berat badan dalam masa yang singkat sehingga menimbulkan keinginan individu lain untuk turut mencuba.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah berkata, pengguna perlu sedar bahawa pusat-pusat rawatan pelangsingan menggunakan pelbagai taktik untuk memikat pelanggan sedangkan hasilnya tidak seperti yang digembar-gemburkan.

“Pengguna juga mesti ingat pusat-pusat ini juga menggunakan perkhidmatan peguam untuk menuntut bayaran sebaik sahaja perjanjian ditandatangani oleh pengguna,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu pengguna sedar bahawa tiada cara mudah dan cepat dalam rawatan pelangsingan badan.

Menurut beliau, pengguna jangan mudah terpengaruh kepada testimoni-testimoni keberkesanan rawatan pelangsingan individu lain seperti yang banyak disiarkan di media cetak dan elektronik.

Sumber Kosmo.

No comments:

Post a Comment