Nuffnang

Sunday, October 24, 2010

BAKAL PENGANTIN RESAH BUAH ***** SENAK

Macammana kita nak mulakan ruangan sesi soaljawab...hehehe. Macam ustaz tapi ada sikit macam ustazah...hehehe. Ikut suka hati kita ya. Mana yang patut kita sencored tulis lain ya....hahaha

pix_gal0

Aisehhh! Menangis la pulok...hi3

Soalan:

SAYA berusia 27 tahun dan merancang untuk berkahwin hujung tahun ini. Namun, sejak kebelakangan ini, saya dapat merasakan perubahan pada buah rambai yang turut menyebabkan saya sering mengalami rasa senak. Pada masa yang sama, saya juga mendapati buah rambai saya seperti sedikit berbenjol pada saluran uratnya. Untuk maklumat doktor, setiap kali saya menekan benjolan itu, kian ketara rasa senak itu. Apakah puncanya dan mungkin akan membuatkan saya mandul apabila berkahwin kelak? Saya malu untuk berjumpa doktor. (Malu lor pulok doh...hi3)

Jawapan:

UNTUK makluman saudara, masalah urat pada buah rambai yang menonjol dan boleh menimbulkan senak dikenali sebagai varicocele. Ia berpunca daripada pembesaran saluran darah vena spermatik.

Majoriti varicocele ini berlaku pada sebelah kiri buah rambai. Ia sering terjadi pada golongan lelaki berumur antara 15 tahun hingga 25 tahun. Punca sebenar terjadinya varicocele tidak diketahui. Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah varicocele ini tidak mempunyai tanda namun ada juga yang menghadapi masalah sengal dan sakit seperti yang saudara alami.

Kebanyakan penghidap mengesan urat membonjol di bahagian atas kerandut rambai yang menjadi lebih jelas sekiranya seseorang berada dalam posisi berdiri. Bagi sesetengah kes yang teruk, varicocele ini boleh menyerupai gumpalan cacing di dalam kerandut rambai.

Saya nasihatkan saudara mendapat rawatan pakar urologi. Tidak seharusnya timbul rasa malu kerana ini adalah untuk kebaikan saudara sendiri. Untuk makluman saudara, jika varicocele ini tidak dirawat, ia akan menjejaskan kesuburan. Ini adalah kerana kehadiran varicocele akan meningkatkan suhu dalam kerandut ramabi dan ini akan menjejaskan proses penghasilan sperma.

Jika dibiarkan berterusan, buah rambai akan menjadi kecil. Saudara mungkin akan menjalani pemeriksaan ultrasound untuk mengesah dan menentukan tahap varicocele yang saudara alami. Pemeriksaan ini juga penting untuk memastikan keadaan buah ramai dan untuk menentukan tidak ada sebab sebab lain yang menjadi punca kehadiran varicocele.

Sekiranya varicocele saudara pada tahap minimum, selalunya saudara tidak memerlukan sebarang rawatan. Jika ia pada tahap yang akan menjejaskan kesuburan atau sudah pun menyebabkan masalah seperti yang saudara alami, rawatan secara pembedahan akan dibincangkan dengan saudara.

Untuk makluman saudara pembedahan ini boleh dilakukan dengan cara laparoskopik iatu pembedahan `lubang kunci' yang memberi parut yang kecil. Kemungkinan besar saudara dibenarkan pulang ke rumah pada hari yang sama selepas pembedahan dengan kesan sampingan yang minimum.

Notq kaki : Tak pasal-pasal kita kena buat editing semula...hehehe. Dah macam editor pulok. Perasannya kita...ahaks. Bagi yang terlepas pandang korang sencored, agak-agak glupppp je ya...hi3

Sumber : Bharian.





2 comments: