Nuffnang

Monday, October 11, 2010

BAPA TERKILAN ANAK TIDAK SEMPAT TERIMA IJAZAH

Melaka - Seorang bapa terkilan kerana tidak dapat melihat anaknya menggengam Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni) apabila anaknya itu terbunuh dalam kemalangan ngeri di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, pada Ahad.

Abdul Karim Jamaludin, 60, berkata anaknya Norazmi, 24, dijadual menerima ijazah tersebut pada majlis konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak Jumaat ini.

"Anak saya pergi ke Kuala Lumpur petang semalam menaiki bas ekspres untuk berjumpa kawan-kawannya bagi membuat persiapan menghadiri konvokesyen itu dan kemudian pergi bersama kawan-kawanya ke UPSI," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Melaka, pada Isnin.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, dua belas orang terbunuh dan lebih 40 cedera dalam kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebuah van dan tiga kereta.

Abdul Karim yang redha dengan pemergiaan anak keenam dari tujuh adik-beradik itu, berkata jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kuala Kempas, Selandar.

Selanjutnya klik Bernama

No comments:

Post a Comment