Nuffnang

Sunday, October 31, 2010

BOTOK-BOTOK

Assalamualaikum!

Botok-botok dibuat daripada ikan bercampur kelapa, rempah dan pelbagai jenis herba yang dikukus dalam daun pisang. Merupakan makanan asli orang Johor. Kita ulangi okies makanan orang asli...kohkohkoh

Rempah yang biasa diguna ialah Ketumbar, cili kering, kunyit, jintan putih, jintan manis dan lada putih. rempah ini dicampur serai, lengkuas, halia, bawang merah dan bawang putih. Selain itu digunakan juga kelapa parut yang digoreng, santan, asam jawa, gula pasir dan belacan.

Herba yang digunakan termasuklah daun kaduk, cekur, daun kesum, selasih, bebuas, limau purut, daun mengkudu dan daun ubi muda.

Botok-botok yang telah digaul biasanya dikukus selama dua jam. Semakin lama dikukus semakin sedap rasanya. Cara lain membuat botok-botok adalah dengan merebus bahan bersama-sama santan selama 2 jam atau lebih. Pucuk ubi dan daun mengkudu dijadikan alas rempah botok-botok.

Merupakan makanan kegemaran orang Johor dan Singapura. Kita ulangi okies makanan orang asli...kohkohkoh

No comments:

Post a Comment