Nuffnang

Monday, October 25, 2010

DEKOR HARMONI





Perniagaan hiasan dalaman diceburi Norazita Abdullah banyak mendedahkannya kepada rahsia mengindahkan kediaman. Selain mudah mendapatkan bahan serta kemasan berkualiti dan bernilai estetika, sedikit demi sedikit Norazita belajar mengenai kesesuaian perabot dengan ukuran ruang, pilihan skim warna menepati tema penataan, perhiasan mengungkap karektor serta selera dan sebagainya.

Kelompok warna meminjam rupa alam itu kata Norazita, paling sesuai diutarakan di kediaman bertema moden semasa. Selain selamat dan mudah disuaipadan dengan apa saja rekaan perabot dan unsur hiasan, kelebihan warna berkenaan ialah membuatkan ruang terhad nampak lapang dan luas.

Bagaimanapun, kata Norazita, rahsia utama pembentukan ruang sempurna terletak kepada penggunaan perabot sepadan luas ruang. Buktinya, semua perabot dimilikinya bukan dibeli secara semberono tetapi diambil ukurannya dulu di samping diteliti keserasian warna serta coraknya dengan seluruh kemasan dan perhiasan dalam rumah.

Selanjutnya klik Bharian.

No comments:

Post a Comment