Nuffnang

Friday, October 15, 2010

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Serdang- Kesulitan menggunakan kanta setiap hari ketika sesi pembelajaran tidak menghalang saya untuk terus berusaha menggenggam segulung Ijazah seperti insan normal lain.

Setiap kali syarahan diberi, saya hanya dapat mendengarnya saja kerana tidak nampak langsung apa yang tertera di depan melainkan melihat nota dan salinan slaid daripada rakan seterusnya menelaah pelajaran apabila kelas tamat,” kata Nurun Jamiah Hassan, 24, yang mengalami masalah penglihatan sejak kecil hingga bergantung kepada kanta.

Nurun Jamiah menerima Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Melayu bersempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke 34 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), di sini, semalam. Seramai 7,545 graduan pelbagai program pengajian termasuk Doktor falsafah (PhD), 256 orang; ijazah sarjana, 1,520 orang; ijazah sarjana muda, 5,277 orang dan diploma 492 orang menerima ijazah dan diploma pada majlis yang dirasmi Canselor UPM, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Nurun Jamiah berkata, usaha gigih tanpa putus asa selama tiga tahun dan sokongan semua pihak berbaloi apabila berjaya memperoleh Nilai Purata Gred Kumulatif (CGPA) 3.5.

Kekurangan diri bukan penghalang kepada sebuah kejayaan, malah ia memberi inspirasi untuk berusaha setanding orang lain,” katanya yang bercita-cita menjadi guru pendidikan khas kerana mahu membangunkan golongan orang kurang upaya (OKU).

Seorang bapa graduan yang meninggal dunia akibat kemalangan, Zulkafli Yeop Hashim, 58, berkata, walaupun anak kesayangannya, Mohd Rushdee Zulkafli, 25, tidak sempat menerima ijazah tetapi dia bersyukur kerana anaknya menghadiahkan sebuah kejayaan untuknya dan isteri, Zaleha Shafie, 56.

Zulkiflie berkata, anaknya pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia terbabit kemalangan pada 25 Ogos lalu ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Puchong sebelum meninggal pada keesokannya akibat kecederaan parah di kepala.

“Arwah mempunyai cita-cita tinggi dan keazaman yang kuat dalam menimba ilmu hingga berjaya menamatkan pengajian dengan CGPA 3.76,” katanya.

Sumber : Hmetro

No comments:

Post a Comment