Nuffnang

Wednesday, October 13, 2010

HATI MAHU BAIK

Baru balik exercise, serius ni kita cakap...hehehe. Kita memang setiap pagi buat exercise dalam suhu yang terlampau tapi kita selesa suhu yang macam ni. Sejuk dan nyaman kita tak nak panas-panas nanti sesak nafas. Ayat macam mengada tapi itulah realitinya!

Kita happy sangat, malam tadi tak amik ventolin sebab pagi dan malam tadi hujan lebat jadinya debu-debu mungkin berkurangan. Kita tak kena serangan asthma pun malam tadi. Nampak selesa pernafasan kita. Alhamdulilah. Dengar tak nafas kita, dup dap! dup dap! dup dap! hahaha

Biasalah dengan kita menjalankan rutin dalam 1 jam setiap pagi kena meronda bangunan 5 tingkat memantau komputer tiada masalah untuk user. Lepas tu sibuk dengan tugas di meja. Amik kooo! Bila selesai memantau tadi 2nd boss datang jumpa kita. Aiyakkk! Ajak meronda lagi. Apa lagi exercise kaki lagi...hehehe. Mengiring dia je sebenonya. Kejap je, tak mencabar langsung...hehehe

Banyak juga soalan dia tanya, alhamdulilah kita jawab dengan tenang. Dari hati yang jujur dan ikhlas, kita happy sangat-sangat dengan kerja sekarang. Walaupun teguran pengguna ada setiap hari tapi kita tak stress langsung. Kerja melibatkan pengguna kena sabar. Kita dah cakapkan kena senyum sokmo selalu...hehehe. Insyallah bila kita baik, respon orang ramai pun baik terhadap kita.

No comments:

Post a Comment