Nuffnang

Wednesday, October 6, 2010

JADILAH INSAN YANG KUAT

Saban hari diri kita dihimpit dengan beban kerja dari semasa ke semasa belum lagi hal-hal peribadi. Tanpa kita sedari, hal ini menyebabkan diri begitu tertekan dengan suasana sekeliling tapi bagi kita perkara biasa.

Bila merenung jauh perjalanan hidup kita menjadi tenang selepas menunaikan solat fardu. Kita meneliti setiap inci ruang yang kita habiskan melaksanakan tuntutan fardu kifayah yang sudah dilaksanakan.

Arwah mak kita pernah berpesan, malah abah pun sering mendorong kami adik beradik untuk melaksanakan yang terbaik dalam hidup kami. Kita sering berdoa untuk memperkuatkan diri setiap kali di timpa musibah.

Walaubagaimanapun, kita sedar dengan ilmu akademik yang kurang begitu tidak mencukupi untuk kita menjadi insan yang hebat. Kita perlukan perancangan, malah paling penting kita memerlukan ilmu untuk mengenal Pencipta malah belajar merencanakan hidupku dengan baik.

Kini betul-betul yakin bahawa bagi kita tidak perlu lagi berpegang pada peraturan manusia, malah paling penting adalah diri dengan penciptaku. Itulah jalan sebaikNya. Kita yakin dan percaya, bahawa dalam setiap masalah yang kita hadapi, pasti akan lalui dengan kitab dan panduan yang telah ditetapkan Allah swt. Kita tidak perlu takut!

No comments:

Post a Comment