Nuffnang

Sunday, October 17, 2010

JATUH CINTA DENGAN MALAYSIA

Hampir tiga dekad lalu, Lee Kwang Sun, 53, membuat keputusan paling besar yang telah merubah kehidupannya pada hari ini. Warganegara Korea Selatan itu memeluk agama Islam dan memilih nama Abd. Hafiz Lee Kwang Sun.

Pada masa itu, keputusan memeluk Islam tidak dipengaruhi oleh sesiapa kerana tiada seorang pun ahli keluarganya meninggalkan agama asal mereka iaitu Buddha. Dengan keputusan tersebut, Abd. Hafiz menjadi sebahagian daripada golongan minoriti di negara berkenaan.

Menyorot kehidupan sebagai seorang mualaf di Korea, tidak banyak yang dapat dilakukan oleh Abd. Hafiz untuk mendalami agama Islam. Masjid dan surau pula sukar ditemui di negara yang mempunyai kira-kira 100,000 penganut beragama Islam.

"Tiga tahun selepas memeluk Islam iaitu pada tahun 1984, saya ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang Pentadbiran Perniagaan," Abd. Hafiz mengimbas detik awal penghijrahannya ke Malaysia.

Selanjutnya klik Kosmo.

No comments:

Post a Comment