Nuffnang

Monday, October 25, 2010

KAPAL ANGKASA HANIS SELAMAT MENDARAT





Bandar Cherul - Kapal angkasa HANIS yang membawa tiga angkasawan, dua dari Thailand, Nul Luqman Nul Haqim dan Harsya dan seorang dari Phnom Penh, Haziq selamat mendarat di Bandar Cherul, malam tadi selepas mengikuti satu misi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

HANIS selamat mendarat, umum individu yang bertanggungjawab di pusat Kawalan Misi di luar Malaysia, sambil disambut tepukan penduduk kampung dan ahli keluarga angkasawan yang lega selepas satu cubaan untuk kembali ke bumi semalam gagal akibat masalah peralatan.

Pegawai angkasa lepas berkata, kapsul tersebut mendarat secara mengiring, pada pukul 12.23 mlm waktu tempatan, di lokasi yang dijadual berhampiran di kawasan lapang rumput Bandar Cherul. Bagi membantu komander HANIS, Nul Luqman Nul Haqim yang memakai pakaian sut angkasa lepas keluar dari kapsul tersebut.

Ia diikuti angkasawan Phnom Penh, Haziq, yang tersenyum ketika diangkat menggunakan sebuah kerusi di lokasi pendaratan dengan keadaan badannya ditutup dengan selimut. Angkasawan Thailand, Harsya merupakan yang terakhir keluar dari kapsul tersebut.

4 comments:

  1. cerita benar ke ni?
    sumber dari mana?

    ReplyDelete
  2. hahahaha....ngarut...!!! angkasawan ke hapa...angkasawan kuat makan..!! kapal angkasa dr Pahang cement...huhuhu selalu kapal angkasa tu langgar org, hari tu dia yg terlungkup...keras kat situ....

    ReplyDelete
  3. kakyong : Agak2 betul ke? hehehe

    ReplyDelete
  4. ita@cherul : Masa baru sampai sana...tkejut tgk bendu tu...siap dlm hati kat 'mcm capsule'...ekekeke

    Banyak kali lalu lalang...nk snap x dapat je...balik tu dh boleh agak so alhamdulilah dpt gk fokus dari dlm keta je sambil drive...

    Maka jdlah cite angkasawan...hahhaa

    ReplyDelete