Nuffnang

Friday, October 15, 2010

KATEGORI MOMOK KE?

Muar - Sifat rakus untuk mencari untung telah menyebabkan tanah perkuburan Islam di Batu 14 Air Hitam di sini diceroboh sehingga beratus-ratus batu nisan dan binaan kubur di kawasan itu rosak dan ada yang musnah sama sekali.

Amat menyedihkan kerana nisan kayu dan binaan di sekeliling kubur di tanah perkuburan itu ada antaranya berusia hampir 100 tahun dan merupakan perkuburan nenek moyang sebahagian besar penduduk kawasan itu.

Pencerobohan itu mengakibatkan beratus-ratus kubur lama di kawasan itu 'hilang' akibat dilanggar dan dilanyak jentera berantai yang membawa keluar kayu balak dari tanah perkuburan tersebut.

Nota kaki : Orang Muo lagi...hehehe. Sorilah ya, kita hanya menantu orang Muo. Kira kita tetamulah, bukan penceroboh tanah perkuburan ya...hehehe. Macam-macam manusia ni, nak di kategorikan manusia apa ni gaknya? Momok ke? hehehe.

Selanjutnya klik Utusan.

No comments:

Post a Comment