Nuffnang

Wednesday, October 13, 2010

KERETA AMIRULRASYID ADA 10 KESAN PELURU

Shah Alam - Kereta Proton Iswara putih dipandu Aminulrasyid Amzah, 15, remaja yang ditembak mati polis di sini, April lalu, mempunyai sekurang-kurangnya 10 kesan tembakan.

Kesan tembakan ditemui di lampu isyarat belakang kereta, pada nombor plat, bumper kiri belakang, lampu kecil bahagian belakang kiri kereta, bahagian bawah but, bahagian bawah sebelah kiri tangki minyak, sebelah kanan penutup but, bahagian ekzos, rim dan tayar kanan belakang kereta.

Mahkamah Sesyen yang mendengar keterangan saksi pada hari pertama perbicaraan kes kematian Aminulrasyid di sini, semalam juga diberitahu jurufoto polis turut merakam gambar 19 kelongsong dan anak peluru di beberapa tempat berkaitan kematian remaja itu.

Selanjutnya klik Bharian.

No comments:

Post a Comment