Nuffnang

Monday, October 25, 2010

KESEDARAN WANITA ELAK SERANGAN SEKSUALITI

Kuala Lumpur - Wanita perlu meningkatkan kesedaran mereka terhadap cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa serangan seksual, kata timbalan pengarah Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Acryl Sani Abdullah Sani. Beliau berkata ini kerana jumlah mangsa serangan seksual seperti rogol dan mencabul kehormatan membabitkan wanita dan kanak-kanak perempuan didapati meningkat setiap tahun.

"Wanita harus bijak untuk tidak menjadi sasaran kepada penjenayah seperti tidak berjalan di tempat gelap dan berseorangan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penutupan program "City Survival Training For Ladies" oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Senator Heng Seai Kie di sini.

Acryl Sani berkata seramai 14,643 wanita dan kanak-kanak telah menjadi mangsa serangan seksual sejak dua tahun lepas, dan daripada jumlah itu, sebanyak 64.1 peratus atau 9,461 orang telah dirogol, manakala bakinya adalah kes mencabul kehormatan.

Beliau berkata mangsa rogol membabitkan remaja perempuan berusia 18 tahun ke bawah ialah sebanyak 6,963 orang, manakala 2,498 lagi adalah wanita dewasa.

Sumber : Bernama

No comments:

Post a Comment