Nuffnang

Monday, October 18, 2010

KPJ JOHOR


Hospital Pakar KPJ Johor adalah hospital swasta pertama di bawah pengurusan KPJ Healthcare Berhad (KPJ) Group of Hospitals, satu jaringan khidmat penjagaan kesihatan swasta terbesar di Malaysia.

KPJ mula menawarkan perkhidmatannya kepada masyarakat umum. KPJ berfungsi sebagai pusat diagnostik dan terapi setempat dan menawarkan kemudahan perubatan untuk pelbagai bidang kesihatan serta khidmat pakar dan kecemasan 24 jam yang menyeluruh.

Selain dari itu, KPJ juga menyediakan kesinambungan khidmat penjagaan untuk para pesakit dan pelanggan, termasuk khidmat pencegahan seperti seminar kesihatan keluarga, program kesedaran kesihatan masyarakat, kempen kesihatan dengan kerjasama korporat dan pelbagai khidmat sosial lain di pusat penjagaan kesihatan dan klinik pesakit diabetis.

KPJ yang dilengkapi dengan peralatan penjagaan kesihatan yang canggih adalah komited untuk berkhidmat secara penyayang dan berperikemanusiaan.

No comments:

Post a Comment