Nuffnang

Wednesday, October 13, 2010

KUNCI PEDAL BAS SETAKAT 90 KM/J UNTUK KAWAL LAJU

Putrajaya - Kerajaan negeri Melaka mencadangkan supaya semua bas ekspres dan bas pelancongan diwajibkan mengunci mekanisme pedal minyak bagi mengawal had kelajuan.

Mengambil iktibar dari nahas mengorbankan 12 orang di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan Ahad lepas, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pada masa sama pihaknya mencadangkan agar laluan kereta api yang ketika ini mengikut jajaran lama, turut dihubungkan ke setiap ibu negeri. Ia bagi mengelakkan kebanjiran kenderaan di jalan raya.

Perkara itu dibangkitkan oleh beliau pada Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-110 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini pagi ini. ‘‘Kerajaan negeri Melaka minta Kerajaan Pusat wajibkan supaya bas ekspres dipasang pedal yang hanya boleh memecut semaksimum 90 kilometer sejam (km/j) sahaja.

Nota kaki :

Kita sokong tapi depends pada sikap pemandu itu sendiri. Perlahan pun kalau dah 'lalok' nyawa penumpang juga yang melayang. Tak semua pemandu bas ekspress berperangai begitu, disebabkan 1-2 orang sahaja yang lain terpalit juga. Kesian!

Selanjutnya klik Utusan.

No comments:

Post a Comment