Nuffnang

Saturday, October 16, 2010

LAGI MANGSA KORBAN BAS EKSPRESS SIMPANG AMPAT

Melaka - Seorang lagi mangsa nahas bas ekspres di Simpang Ampat, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Ahad lalu, meninggal dunia, tengah malam tadi, menjadikan semua 13 terkorban setakat ini.

Sharifah Norasmirah Syed Sallehuddin, 20, yang kritikal akibat terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 223 lebuh raya berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di sini, meninggal dunia jam 12.05 malam tadi.

Jenazah penuntut Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur itu dituntut keluarganya, awal pagi tadi dan dilaporkan dikebumikan di Kampung Padang Payung, Marang, Terengganu.


Sumber : Bharian.

2 comments: