Nuffnang

Monday, October 11, 2010

JALAN-JALAN MAKAN ANGIN

Semalam adik kita yang di Terengganu calling2 sebab sabtu ni kita ada jemputan di Kuantan. Jadinya Kuantan dah dekat dengan Kemaman. Kita dah bincang-bincang dengan incik asben so incik asben dah bagi green light...hehehe. Yihaaaaaa!

Insyallah sabtu pagi kita bertolak tapi masalahnya takut minggu ni doktor dari HSA on call. Aiyakkk! Hope tak ada apa-apa masalah, cuma sakit kepala belah kanan ni sesekali datang. Sakit wooo! Cuma kita malas nak melayan buat macam tak ada yang berlaku. Kita nak cuti, nak jalan2, nak shopping, nakkk...banyaklah ko punya nak. Banyak permintaan kita...hehehe

Adik kita dah rancang nak bawa jalan-jalan. Kita pergi dengan mak dan abah je. Incik asben tak pergi sebab anak bujang kita cian pulak tak ada orang nak tengok. Jadinya incik asben dan anak-anak suruh kita pergi makan angin.

Kita nak pergi Kuala Terengganu, biasalah kita ni hobi yang tak pernah padam, cari aksesori barangan rumah dan barang antik. Mana nak letak lagi dah macam kedai cenderamata rumah kita...hehehe

Insyallah kita balik sini isnin atau selasa.

No comments:

Post a Comment