Nuffnang

Thursday, October 14, 2010

MENEROKA GUA TEMPURUNG

Gua Tempurung terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Gua ini amat terkenal di kalangan mereka yang berminat meneroka gua.

Gua Tempurung, boleh dikunjungi menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ataupun jalan Persekutuan. Jika menggunakan PLUS, masuk ke susur keluar Plaza Tol Gopeng , belok ke kiri dan teruskan memandu sejauh 2 km sehingga menemui laluan ke Gua Tempurung di sebelah kiri. Laluan khas ini dibina bagi membolehkan kenderaan yang lebih besar besar seperti bas sampai ke gua tersebut.

Lebih dari 3km panjang, ia adalah antara gua terpanjang di Semenanjung Malaysia. Sebahagian dari gua ini telah dibangunkan sebagai gua pameran dengan lampu elektrik dan laluan. Beberapa siri lawatan dengan pelbagai jarak dan kesulitan turut disediakan.

2 comments:

  1. wahhh cantik siap berlampu...
    kalo gulap gulita mesti serammmm ;p

    ReplyDelete
  2. sz | m.s.s : tak gelap sebab batu2 yang ada di kiri kanan kita semua bercahaya2...macam permata...mmg cantik sgt

    ReplyDelete