Nuffnang

Saturday, October 16, 2010

MEREHATKAN BADAN DI PANTAI PUNGGAI


Keindahan pantai Punggai merupakan satu potensi besar untuk maju dan boleh dijadikan tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara.

Selain memiliki pantai landai dan tidak berombak, suntikan daya penarik yang menjadikan Punggai semakin terkenal apabila kewujudan medan ikan bakar serta restoran makanan laut.Malah, terdapat beberapa gerai kecil makanan di sepanjang jalan menuju ke Sungai Rengit di mana auranya mampu melekat di hati pengunjung.

Ini kerana kebiasaannya pelancong gemar mencari gerai-gerai makan di luar dan berkonsep terbuka sambil menikmati hembusan angin laut pada waktu malam. Hakikatnya, pantai Punggai kini sewajarnya menjadi alternatif kepada pantai jiran-jirannya agar kerancakan ekonomi dapat dikongsi bersama.

Biarpun hari ini, pengunjung tempatan dan asing lebih mengenali pantai Desaru dan pantai Batu Layar, keindahan Pantai Punggai tidak ada kurangnya malah setanding dengan pantai lain. Kini, hanya masa yang menanti untuk menjadikan pantai Punggai sebagai produk dan destinasi utama bagi pelancong menghabiskan cuti pada hujung minggu.

Chalet D'Punggai mula dibuka Mac tahun lalu dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) sebelum diswastakan untuk diuruskan dalam tempoh lima tahun.

Langkah Kejora itu wajar dipuji kerana secara tidak langsung telah memberi peluang kepada usahawan bumiputera untuk menceburkan diri dalam sektor pelancongan. Maklumat lanjut mengenai Chalet D'Punggai boleh didapati dengan menghubungi pejabat jualan di 013-7220700 dan 013-7237578.

No comments:

Post a Comment