Malam tadi kita mimpi, arwah mak kita datang tiba-tiba tanya kenapa kita sejak kebelakangan ni nampak pucat dan pendiam. Bila kita nak jawab mak kita hilang tapi seingat-ingat kita dia senyum manjang dan bertanya pun macam sekali lalu.
Baru intro kita dah tersedar, sesak nafas. Tengok jam pukul 4.00pg. Amik ventolin terus telan. Biasalah bila dah makan ventolin terus terlelap. Dalam terlelap siap mimpi lagi. Kita masuk ladang getah tapi senang cakap macam masuk dalam syurga. Penuh dengan cahaya dan warna warni.
Dalam pada tu kita nampak lampu-lampu antik pelbagai warna-warni dan bercahaya sana sini. Pinggan mangkuk lama banyak sangat ada yang tersangkut kat dahan-dahan pokok. Kita tak teringin pun nak pegang tapi macam kagum sebab benda-benda yang kita minat ada depan mata. Teruja sangat masa tu.
Tiba-tiba incik asben kejut jam dah pukul 6.30pg. Ending mimpi tak abis lagi...hehehe. Terbangun lambat kita pagi ini. Hampeh jadinya macam kelamkabut nak ke pejabat. Slide pun dah pukul 7.39pg.
Perasan tak kita tak posting entry dari rumah pagi tadi...hehehe

No comments:
Post a Comment