Tadi dalam pukul 9.15pg kita anta anak dara kita ke Taman Sri Putri untuk menaiki bas ekspress balik ke Universiti. Memandangkan payung dia hilang di kolej kita nak beli baru kedai masih tutup sebab masih awal pagi. Stok payung yang sediaada di rumah macam payung ceti pakai tu panjang-panjang...hehehe. Payung pendek ada di pejabat so sebelum hantar dia kita singgah pejabat ambil payung bagi dia. Puteri lilin ke anak dara kita ni, suka sangat pakai payung...hehehe
Sampai Sri Putri ada masa dalam 20 min untuk bas datang, jadinya kami bersarapan dahulu. Kami makan roti telur dan tea O. Kesan pengambilan ventolin buat kita masih gigil. Jadinya bila makan kita guna sudu dan garpu. Anak dara kita tegur cian ibu terketar-ketar makan. Dia nampak kita gigil. ..hehehe
Selesai sarapan bas pun sampai, anak dara kita naik bas. Kita terus balik cuci kereta di Pulai Perdana. Encem dah kereta kita, kita dah parking cantik, esok bergerak bila nak ke pejabat. Rehat ya kereta! sebab tuan kamu pun nak berehat...hehehe
Anak dara kita balik kali ni memang bergelumang dengan nota-nota. Dia berhenti solat dan makan, selebihnya memang manjang study. Malam tadi jamuan kita yang ajak bagi dia release tension. Itu pun masa menunggu orang berucap siap cakap, kalau tau kakak bawa nota...hehehe. Sampai rumah dia dah sambung lagi study. Kita pun perasan dia tido sampai 3-4pg. Alhamdulilah kita tahu dia nak berjaya itulah jalan yang terbaik sebagai ibu kita hanya mampu doakan kejayaan anak-anak semoga berjaya dalam akademik dan berakhlak mulia. Insyallah.

No comments:
Post a Comment