Nuffnang

Tuesday, October 26, 2010

POKOK MENYEJUKKAN KEDIAMAN

Menggemari pokok hidup yang berbunga atau pokok orkid berbunga untuk diletakkan di dalam rumah membuatkan Aliza Taher sanggup membeli pokok tersebut pada setiap bulan.

Kata Aliza, dia dan suami tidak menyukai bunga tiruan. Justeru itu, suaminya akan ke Sungai Buloh membeli pokok bunga pada setiap bulan untuk menggantikan pokok bunga yang telah gugur di rumahnya.

‘‘Kami sukakan pokok bunga orkid kerana bunganya tahan lama sehingga sebulan. Harganya pun tidaklah mahal cuma RM10 sepasu. Jika membeli bunga tiruan pun harganya lebih mahal daripada itu,’’ kata Aliza tatkala ditemui di rumahnya di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya, selain pokok bunga untuk diletakkan di dalam rumah, boleh dikatakan seluruh persekitaran rumahnya, di depan, belakang, di atas malah di atas bumbung pun, suaminya menanam pokok-pokok bunga dan sayuran seperti pokok tomato, anggur, cili, limau kasturi dan sebagainya.

Selanjutnya klik Utusan.

No comments:

Post a Comment