Thursday, October 21, 2010

PULAU-PULAU DI JOHOR

Kedindahan gugusan-gugusan pulau di perairan Mersing bukan lagi sesuatu yang asing. Tidak satu, juga bukan dua tetapi terdapat enam gugusan pulau mewarnai kebiruan air Laut Cina Selatan ini.

Gugusan-gugusan itu ialah gugusan Pulau Pemanggil, Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Aur, Pulau Sibu dan Pulau Tinggi. Kewujudan gugusan-gugusan pulau ini menawarkan percutian yang serba lengkap, terutama kepada mereka yang menggemari aktiviti berkaitan laut seperti menyelam.

Bagi yang lebih gemarkan aktiviti di darat, gugusan Pulau Sibu yang keseluruhannya berukuran enam kilometer panjang dan satu kilometer menanti untuk diterokai. Jiwa pasti tenang menikmati pemandangan pelbagai tumbuhan tropika yang mencorakkan panorama bukit-bukau gugusan pulau ini yang dilingkari hamparan pantai berpasir sehalus serbuk yang memutih.

No comments:

Post a Comment