San Jose, Chile – Operasi menyelamatkan 33 orang pelombong yang terperangkap lebih 69 hari di dalam lombong emas dan tembaga bawah tanah San Jose, Chile sedalam 621.71 meter dari dalam permukaan Bumi dimulakan lewat malam kelmarin.
Dalam operasi menyelamat itu, seorang pelombong menjadi mangsa pertama diselamatkan dari lombong itu pada pukul 12.11 pagi waktu Chile. Menurut seorang anggota penyelamat, Manuel Gonzalez Roberto Rios, pelombong pertama yang dipilih menaiki kapsul penyelamat dari dalam tanah itu ialah Florencio Avalos Silva, 31, kerana dia dianggap mempunyai psikologi yang kuat.
Dia memakai topeng oksigen dan peralatan biometrik bagi memantau tindak balas tubuhnya semasa berdiri di dalam kapsul penyelamat yang dihantar menerusi sebuah terowong.
Selanjutnya klik Kosmo.
No comments:
Post a Comment