Semalam kita rasa simpati dengan seorang hamba Allah yang bagi komen dalam entry kita yang lepas berkaitan 'Terapi Ulat'. Tak tahu siapa yang sakit tapi dia minta kita bantu dapatkan maklumat lanjut berkaitan terapi tersebut. Kita dah emel dan kalau nak dapatkan maklumat dan bantuan di HKL.
Hope dia dah baca emel kita, itu yang termampu kita bantu selain mendoakan dia atau ahli keluarganya sihat kembali. Insyallah
TERAPI ULAT
Hope dia dah baca emel kita, itu yang termampu kita bantu selain mendoakan dia atau ahli keluarganya sihat kembali. Insyallah
TERAPI ULAT
Salam untuk blogger semua.
Akhirnya rancangan yang kita tunggu Majalah 3, berkaitan terapi ulat lalat telah ke udara juga malam ini. Hampir 2-3 minggu jugalah tunggu tapi tak muncul-muncul...hehehe Alhamdulilah, Kita tengah menonton terapi ulat lalat untuk pesakit diabetes di TV3. Pengacara seperti biasa Nurul Syuhada dan wartawan cantik manis kita Iri Putri. Info yang cukup menarik.
Ngeri pun ada tengok kaki wanita India tadi. Dalamnya luka dia. Ulat lalat yang di masukkan dalam bahagian lukanya sebanyak 100 ekor. Dalam masa 48 jam ulat-ulat tu membesar 7x ganda. Iskkk! ngerinya. Mungkin kalau kita yang berada di tempat mereka yang sakit seperti tu pun redha demi kebaikan.
Lagi sorang lelaki melayu tu luka dia lagi agak teruk sampai tulang kaki pun dah nampak. Doktor dah suruh potong. Nasib orang sekeliling dia banyak bantu supaya kata 'jangan'. Akhirnya dia menolak untuk potong kaki. Akhirnya dia berjumpa doktor terapi ulat lalat di Hospital Kuala Lumpur yang boleh menyelamatkan dari kakinya di potong. Ulat lalat sebanyak 600 ekor di masukkan di bahagian luka kakinya. Hasil pengalaman dari para pesakit ia mengatakan rasanya seperti gigitan semut.
Apa yang saya nampak kedah ini amat berkesan bagi pesakit diabetes yang sudah agak kronik apabila luka-luka sukar untuk di ubati.
Satu lagi inovasi yang cukup berkesan untuk mengurangkan kadar pemotongan kaki dan sebagainya bagi pesakit diabetes. Ingat ya bukan sebarang ulat lalat yang boleh di buat terapi, ada spesis tertentu yang boleh di jadikan sebagai alat terapi bagi pesakit.
No comments:
Post a Comment