Nuffnang

Friday, October 15, 2010

SEMOGA ADA SINAR

Ketika mengemas kini status facebook (fb) saya baru-baru ini, saya meluahkan perasaan saya ketika itu. Perasaan itu adalah manusia ini kadangkala tersepit di persimpangan, yakni antara persahabatan dan tugas.

Bukan sehari dua saya kenal Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin atau Kak Engku. Malah, bukan setahun dua juga saya kenal Adzmin Tan Sri Osman. Sebagai ‘family friend’, Adzmin membesar di depan mata saya kerana bersahabat karib dengan adik lelaki saya, Badrulhisham, di Alor Setar, Kedah.

Malah, masih jelas terbayang, Adzmin begitu lincah bermain basikal BMX dan skateboard bersama adik saya selain pesawat ‘remote control’, sampaikan satu ketika, pesawat mainan itu terbabas ke bumbung dapur rumah orang! Begitulah cerianya dunia kanak-kanak mereka.

Apa yang jelas, Adzmin walaupun anak seorang menteri besar ketika itu, dia cukup merendah diri, tidak sombong dan bersopan santun apabila menegur orang tua. Itu semua berkat didikan yang sempurna daripada ayah dan ibunya yang juga ­sangat menghormati orang lain.

Masa berlalu, pada tahun 2000 yakni ketika bertugas di meja hiburan Berita Harian, saya mula menghidu bibit percintaan antara Kak Engku yang saya pang­gil Zura dengan Adzmin (Amin). Malah, kawan rapat mereka termasuk pelakon Ijoi Azhari (kini suami Sharifah Shahirah) juga tahu mengenai ­hubungan mereka itu dan ­tumpang gembira.

Lalu, atas dasar cinta sama cinta, maka Zura dan Amin disatukan sebagai suami isteri pada 10 Mac 2001. Maka bermulalah episod hidup berkelamin mereka yang dipupuk dengan kasih sayang sehingga dikurniakan Tuhan tiga cahaya mata yang comel dan bijak.

Nota kaki : Kita doakam mereka berbaik semula, bagi kita mendoakan orang lain adalah sebaik-baik pekerjaan. Insyallah.

Selanjutnya klik Hmetro.

4 comments:

  1. harap2 nya gitu la kan kak..
    kesian kat anak2 bila parent bercerai berai ni...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Panglima Muda : Hope, pantai yang berubah tu dapat di perbaiki semula. Insyallah.

    ReplyDelete
  3. sz | m.s.s : Akk pun harap camtu gk...kita doakan yg baik2 utk dorang...

    ReplyDelete