Nuffnang

Friday, October 15, 2010

SENTUHAN DEKORASI PRAMUGARA

Cahaya mentari yang menerobos masuk menerusi jendela dan langsir material organza di ruang tamu rumah kondo itu mewujudkan suasana cerah dan segar.

Walaupun dinding ruang tamu berwarna agak gelap iaitu ungu pekat dan coklat, ia tidak sedikit pun membuat diri rasa berada di ruang yang kelam dan sempit. Rumah yang dihias dengan sentuhan ala resort itu memang menenangkan. Tata riasnya ringkas dan kemas namun masih ada cita rasa kemewahan.

Permainan warna-warna semula jadi seperti coklat, putih, hitam dan kelabu mencerminkan keperibadian penghuninya yang gemarkan kedamaian. Di balkoni, ruang di situ dimanfaatkan untuk pembinaan landskap laman.

Ada binaan air pancuran, pasu-pasu tanaman berwarna hijau, buaian sangkut dan batu-batu kecil berwarna putih tersusun di lantai.

Terletak di lot tengah tingkat lima kondominium nyata tidak sesekali membataskan kreativiti pemiliknya. “Memang sejak memiliki rumah ini kira-kira tiga tahun lalu, kami merancang untuk membuat rekaan dalaman rumah yang sebegini.

Selanjutnya klik Kosmo.

6 comments:

  1. wowwwww...lawa hiasan dalamannye..simple tapi nampak xclusive

    ReplyDelete
  2. Aleeya : Mengalahkan kita yg pompuan2 ni...tapi akk suka konsep dia...ala2 Bali gitu. Tq Aleey masuk sini.

    ReplyDelete
  3. Waaaaa...
    cantiknya rumah dia. Ni mesti banyak duit hilang nak decorate rumah kan?

    PS: Akak. Dkat detail blogger tak nampak link. Mungkin akak tak buat sebagai visible. Cuba try click gambar akak dekat blog follower saya yer. Nak explain guna perkataan susah sikit.

    ReplyDelete
  4. sz | m.s.s : Boleh2...yg penting duit kena rabakkkkkk...hahaha

    ReplyDelete
  5. Zezebel : Hehehe..mmg cantik...duitnya pun kena cantik...

    p/s : jap ya akk try...

    ReplyDelete