Nuffnang

Tuesday, October 19, 2010

SERLAHKAN SUASANA KLASIK

Saat mula memiliki rumah lapan tahun lalu, Ismawaddy Ismail, 36, sudah menetapkan gabungan penataan moden dan klasik untuk dicuba. Sentuhan moden mewarnai hiasan dalaman menerusi penggunaan perabot rekaan semasa dengan perhiasan cita rasa terkini manakala bahagian beranda hadapan yang menempatkan landskap mini serta ruang meletak kereta digarap merujuk cita rasa klasik tradisional.

Secara jujur, saya tidak menetapkan konsep tertentu namun pernah terdetik menggayakan penataan moden. Sebab itu, saya beli sofa fabrik namun tidak menyangka pula motif bunga halus sarung sofa meminjamkan gaya Inggeris selain menyerlahkan ciri konservatif ruang,” kata bapa tunggal dua cahaya mata perempuan itu.

Selain itu, Ismawaddy bertuah kerana ibunya, Jamaliah Husin, 58 mempunyai kemahiran menjahit langsir menawarkan pertolongan menyediakan semua kemasan itu di rumahnya. Hasilnya, bukan saja potongan siku keluang menyeri tingkap bahkan turut dilihat langsir sheers, pelmet, lisu Perancis dan tab.

Selanjutnya Bharian.

No comments:

Post a Comment